berita

‘Setiap Tahun Tak Pernah Gagal Beraya Dengan Kek Kukus Buah Papa’ – Anne Ngasri

April 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Datin Anne Ngasri meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Jaafar Onn yang meninggal dunia pagi tadi.

Artikel Berkaitan: Jaafar Onn Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Artikel Berkaitan: Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Melakukan Prosedur Endoskopi – ‘Doktor Kata Berisiko Sebab Jantung Lemah’

Foto terakhir bersama arwah

Anne yang sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah berkata, arwah seorang yang sangat baik dan dianggap seperti bapa sendiri. Tambah Anne, dia mempunyai banyak memori bersama arwah.

Allahuakbar, gambar terakhir kita tempoh hari di hospital. Innalillahiwainnailaihirojiun. Papa (panggilan Jaafar) sudah pergi tinggalkan saya. Membesar di set bersama, saya anggap papa seperti bapa sendiri. Kalau di set selalu belikan saya coklat, belikan hadiah, jaga saya macam anak sendiri.

Masya-Allah terlalu banyak kenangan kita. Saya masih di Makkah dan menerima khabar duka ini. Harapan nak jumpa papa balik nanti tidak kesampaian. Allah lebih sayangkan papa, pergi di bulan baik.

Menerusi posting di Instagram, Anne turut meluahkan rasa sedih kerana sudah tidak dapat merasai keenakan kek buah kukus air tangan arwah.

Setiap tahun tak pernah gagal beraya dengan kek buah kukus, tapi tidak kali ini. Saya doakan syurga buat papa, papa insan seni hebat dan terlalu baik

Arwah Jaafar Onn meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalani prosedur endoskopi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Sumber: Anne Ngasri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×