berita

Sewa Tertunggak 7 Bulan, Kereta Kena Tarik, Peniaga Kena Kompaun RM50k Nak Bagi Kedai Sebagai Ganti

April 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isu pelanggaran SOP oleh peniaga sehingga mereka dikenakan jumlah kompaun yang tinggi mencecah RM50 ribu ternyata mencuri perhatian netizen. Pelbagai pandangan dan komen diluahkan oleh netizen berhubung isu tersebut.

Terbaru, seorang peniaga kedai runcit telah tampil meluahkan perasaannya sebaik sahaja dikenakan kompaun RM50 ribu.

Ambillah kedai runcit saya

Menerusi laporan Harian Metro, Mansah Marjurin memberitahu bahawa dia antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50 ribu pada hari Ahad yang lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Mansah, dia sememangnya tidak mampu untuk membayar kompaun tersebut kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak sejak tujuh bulan yang lalu selain keretanya sudah ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai. Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan.

Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi. Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50 ribu.

Bercerita semula mengenai hari kejadian, Mansah memberitahu dia didatangi empat anggota polis ketika premis kedai runcit miliknya sudah ditutup. Namun, hanya pintu kecilnya tidak berkunci kerana ketika itu dia menerima kunjungan daripada saudaranya.

Pendapatan bergantung kepada jualan

Sebaik menerima surat kompaun tersebut, Mansah mengaku bahawa dia sangat terkejut sebaik sahaja melihat jumlah tersebut. Ini kerana, pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit manakala, isterinya juga tidak bekerja.

Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan. Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti.

Ujar Mansah, dia berharap ada pihak tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×