berita

#SFMM38: Amir Jahari Dedah Alami Kemurungan, Pernah Cuba Terjun Jambatan 3 Kali – ‘Alhamdulillah Saya Tak Teruskan’

December 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Amir Jahari mendedahkan bahawa dirinya berdepan dengan masalah kemurungan yang agak teruk pada tahun 2018 yang lalu.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38

Amir Jahari pernah alami kemurungan

Ketika ditemui OhBulan!, Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah bin Jahari berkata, kemurungan yang dialaminya itu pernah membuatkan dirinya terdetik untuk menamatkan riwayatnya sendiri sebanyak tiga kali.

Saya pernah mencuba untuk mengambil nyawa sendiri sebanyak tiga kali tapi Alhamdulillah saya tak teruskan.

Waktu itu saya seorang diri di tengah-tengah jambatan. Setiap kali saya nak terjun dari jambatan mula-mula saya terbayang muka mak saya. Kali kedua pula saya terbayang muka isteri dan anak saya. Kali terakhir saya terbayangkan muka guru saya, Almarhum Raja Ashman Shah.

Sejak itu, saya rasakan yang saya perlukan bantuan lalu saya terus dapatkan rawatan.’

Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada hari terakhir saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).

Ketika ditanya mengenai keadaan terkini, penyanyi berusia 31 tahun mendedahkan bahawa dirinya sudah tidak lagi mengambil sebarang pengambilan ubatan selepas mendapatkan rawatan beberapa tahun lalu.

Saya ada dapatkan rawatan serta perlu mengambil ubat yang diprekripsi doktor tapi Alhamdulillah dari tahun 2021 saya dah berhenti makan ubat.

Pada saya muzik dan karya yang saya hasilkan begitu menenangkan saya.

Sekadar info, lagu ciptaan Amir berjudul Hasrat berjaya menempa tiket bersama 11 lagu lain ke AJL38 yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac 2024.

SKIP THIS AD ×