Personaliti media sosial, Shaf Naufas berkongsi tentang sifat baik yang dimiliki pempengaruh, CEO Batu.

Artikel Berkaitan: CEO Batu Ditahan Polis, Bantu Siasatan Dakwaan Hantar Mesej L*c*h Kepada Remaja 14 Tahun

Artikel Berkaitan: Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’

Salah tetap salah

Menerusi hantaran di Threads, Shaf berharap agar CEO Batu dapat berdepan dengan dakwaan kes jenayah yang sedang tular ketika ini dalam keadaan tenang.

Bukan dia je kena uji, yang melihat pun kena uji. Kalau rasa tak perlu dikeluarkan, simpan sahaja. Tapi terpulang.

Yang salah tetap salah, tak ada benang yang basah mampu ditegakkan.

Aku cuma nak doakan semoga dia dapat lalui semuanya dengan tenang.

Meskipun tidak menyokong kesalahan yang dilakukan, namun sebagai kenalan, Shaf mendedahkan bahawa CEO Batu adalah seorang individu yang tidak cepat menghukum seseorang.

Kenapa aku cakap macam ini..sebab dia tak pernah menghukum aku, dia tak pernah cakap buruk pasal orang.

Dia selalu komen, ‘semoga murah rezeki selalu’. Urusan dia, biarkan.

Netizen kurang setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Shaf mengenai CEO Batu.

Walau bagaimanapun, Shaf menegaskan bahawa hantarannya itu sama sekali tidak mempertahankan kesalahan yang dilakukan pempengaruh tersebut.

Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.

Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu dan menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama.

Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.

Sumber: Threads Shaf Naufas