berita

Shah Rukh Khan Turun Malaysia Oktober Ini!

August 6th, 2013 | by Ai
Hollywood

Shahrukh Khan

Bagi semua peminat muzik bollywood, ini ada berita baik untuk anda semua, di mana aktor dan penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan difahamkan akan turun ke Malaysia pada 11 Oktober ini untuk mengadakan konsert terbesarnya di Stadium Putra Bukit Jalil.

Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusan konsert tersebut iaitu Hitman Solutions menerusi laman Facebook rasminya beberapa jam yang lalu.

SRK Turun Malaysia

Pengumuman konsert SRK menerusi Facebook Hitman Solutions

Nampaknya kedatangan Datuk Shah Rukh Khan ke Malaysia pada kali ini bukan keseorangan, ini kerana beliau difahamkan akan turut hadir bersama rakan-rakannya yang lain.

Untuk seberang maklumat lanjut mengenai konsert serta penjualan tiket, anda boleh layari laman Facebook rasmi Hitman Solutions di www.facebook.com/hitmansolutionsasia.

Bagaimanapun untuk semua peminat Datuk Shah Rukh Khan, jom layan sedikit sedutan konsert Temptation Reload yang pernah beliau adakan sekitar Disember tahun lalu. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×