berita

Shaheizy Sam & Nora Danish Beraya Di Spain Uoolss!

August 1st, 2014 | by Ai
Kini Trending

spainuolls

Dengar nama Nora Danish, mesti ramai dah berangan nak bercuti bersama ‘hot mama’ ini kan? Mana taknya, siapa tak minat Nora Danish oii.

Haa, ni nak habaq mai. Korang semua jangan lupa saksikan telemovie lakonan Nora Danish dan Shaheizy Sam malam ini di TV3 tau!

Telemovie berjudul Spain Uoolss ini sesuai untuk mengisi masa lapang korang! Penceritaannya tak berat dan amat bersahaja, tentu takkan buat anda kering gusi.

Spain-Uoolss

Mengisahkan mengenai Mak Cun yang telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya.

Lalu, dia pun bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Nak dijadikan cerita, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol apabila dia telah menghilangkan alamat anaknya.

Haa. apa jadi selepas itu? Berjayakah Mak Cun menziarahi anaknya? Bagaimana pula dengan nasib Mak Cun di negara orang? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton telefilem ini.

Jadi, jangan buang masa, tepat jam 9 malam ni, jom terpacak ramai-ramai depan televisyen. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×