Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mengakui terkejut melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang tampil menyanyi di atas pentas buat pertama kali di hadapan khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: Ammar Ahyyan Dapat Lesen ‘P’, Aliff Syukri Dah ‘Order’ Kereta Sebagai Hadiah

Bangga dengan Ammar

Menerusi Threads, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid dalam masa yang sama meluahkan rasa bangga dengan Ammar yang begitu berani meskipun kualiti suaranya bukanlah satu keutamaan.

Tak pasti mana Ammar Ahyan dapat keberanian dan keyakinan menyanyi di atas pentas.

Ini kali pertama ya dia menyanyi di khalayak orang ramai.

Tak apalah Ammar, yang penting keyakinan dia tu, suara nombor dua.

Dalam pada itu, Shahida berkongsi bahawa majlis tersebut diadakan bagi meraikan serta menghargai kesemua pekerja dan ejen yang membantu dan mendorong kepada kejayaan perniagaannya, baru-baru ini. 

Ibu kepada lima orang anak itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat.

Posting Shahida

Sumber: Threads Shahida