berita

Shahrizal Jaszle Nekad Buktikan Diri Tak Bersalah

November 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

shahz-jazsle-1

Setelah mengaku tidak bersalah atas kes khalwatnya bersama seorang wanita, Farah Nurizzati di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam, pelakon drama Asmara, Shahrizal Jaszle menegaskan dia akan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kepada pihak mahkamah yang dirinya tidak bersalah.

Artikel Berkaitan :

Bercakap menerusi laporan Malaysian Digest, aktor tersebut mengaku dirinya teraniaya dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan.

Saya tak boleh beri komen banyak sebab kes ini masih belum dibicarakan lagi. Saya tak bersalah. Dan saya akan buktikan yang saya tak bersalah. Buat masa sekarang saya sedang mengumpulkan bukti-buktinya dan saya akan lawan semula. Saya dianiaya oleh pihak tertentu. Tapi saya tak mahu tuduh sesiapa.

shahrizal_jazleShahrizal sedang kumpul bukti untuk bebas daripada dakwaan

Dalam pada itu, menerusi laporan berlainan, Shahrizal turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengaku kalah dengan begitu mudah.

Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.

Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya.

Sebagai rujukan, pada pertengahan Mei lalu, Shahrizal telah ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama pasangannya di sebuah Apartment Taman Sri Subang, Selangor pada jam 3.30 pagi.

Sewaktu insiden tersebut berlaku, Shahrizal telah pun bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 dalam satu majlis tertutup.

SKIP THIS AD ×