Pelakon, Shakilla Khoriri mengakui sebak meraikan majlis graduasi anak perempuannya, Ameena Sofia selepas tiga tahun melalui perjalanan dunia persekolahan yang penuh cabaran.

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Syukur Dimanjakan Suami, Bimbang Nikmat Ditarik – ‘Kadang Rasa Takut Bila Kehidupan Jadi Lancar…’

Artikel Berkaitan: ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri

Raikan graduasi anak

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla, 36, berkata, tempoh tiga tahun yang diharunginya bersama puterinya itu bukan sesuatu yang mudah.

Tiga tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena. Macam-macam yang terjadi sepanjang tiga tahun ini.

Tetapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya journey dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.

Mengimbas kembali perjalanan membesarkan Ameena, Shakilla mengakui tanggungjawab itu bukan sesuatu yang ringan. Namun, cabaran yang dihadapi akhirnya membawa rasa bangga apabila melihat perkembangan Ameena.

Menguruskan Ameena seorang diri bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ini aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ini.

Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang-kadang macam jadi orang suruhan bila masa waktu main dengan kawan yang lain.

Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak seimbangkan dia hidup berdikari, disiplin, hormat, tanggungjawab asas kehidupan dan macam-macam.

Insya-Allah. Sebagai parents, berjuanglah kita untuk suatu masa ini untuk anak-anak. Banyak yang kena korbankan. Banyak yang aku korbankan untuk Ameena.

Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi insya-Allah, Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ini untuk Ameena. Jadilah anak yang baik.

Sekadar info, Ameena merupakan anak hasil perkongsian hidup Shakilla dengan bekas suami, Fizi Ali. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Shakilla kemudian kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Sumber: Instagram