Pelakon, Shakilla Khoriri dan suami, Mohd Fariz Zulkepley memilih untuk meraikan ulang tahun perkahwinan pertama mereka dengan percutian istimewa.
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri & Suami Bawa Anak-Anak Bercuti Di Sapporo, Jepun – ‘Fasa Nak Kenal, Baik & Gaduh Itu Benar’
Ulangtahun perkahwinan pertama
Momen berharga itu dikongsikan oleh Shakilla menerusi hantaran di Instagram (IG), di mana dia meluahkan rasa syukur atas rezeki dan peluang yang diberikan untuk mencipta kenangan bersama suami tercinta.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, menyifatkan destinasi percutian mereka di Maldives sebagai tempat yang sangat indah untuk menyimpan memori berharga bersama insan tersayang.
Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang tak disangka sangka pada kami berdua dalam banyak hal dan perkara.
Kami putuskan untuk meluangkan masa bersama lebih lama, meninggalkan anak-anak dan kerja buat sementara waktu.
Kami tak pernah menyesal dengan keputusan ini kerana pengalaman sembilan hari ini akan menjadi kenangan indah yang akan kami simpan hingga ke hari tua dan semestinya akan jadi memori indah dan mahal harganya.
Menurut Shakilla, perjalanan mereka sebagai suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah, namun bersyukur selain mengakui masih dalam fasa mengenali satu sama lain dengan lebih baik.
Perjalanan yang tak mudah buat kami but we did it. Alhamdulillah. Still struggling in many things and of course banyak perkara lagi untuk kami mengenal satu sama lain dengan lebih baik.
Semoga Allah rahmati dan jaga hubungan kami sekeluarga sebaiknya. Terima Kasih Allah untuk segala pinjaman dan nikmat.
Perkongsian itu mendapat perhatian peminat dan rakan selebriti yang turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Untuk info, Shakilla mendirikan rumah tangga selepas bertemu jodoh dengan Mohd Fariz dan sah bernikah pada 24 Februari 2024.
Shakilla juga pernah berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali pada Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 6 tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Disember 2021.
Hantaran di Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Shakilla Khoriri