
Pelakon Shakilla Khoriri tampil memberi pandangan mengenai isu seorang isteri yang memilih untuk meluahkan masalah rumah tangga kepada orang luar.
Artikel Berkaitan: ‘Generasi Z, Sila & Terus Mereput Macam Tahi’ – Perkongsian Shakilla Khoriri Mengenai Etika Kerja Golongan Muda Raih Perhatian
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Budak Makan Nasi Lemak’ – Isu Makanan RMT Dibuang, Shakilla Khoriri Cadang Cikgu Kaji Selera Anak Zaman Sekarang
Isteri pilih orang luar untuk meluah

Menerusi ciapan di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas terbaca perbualan isterinya bersama rakan baik yang didakwa membincangkan pelbagai perkara negatif mengenai rumah tangga mereka.
Terbaca perbualan bini dengan kawan baik dia. Penuh dengan cerita aib, kutuk kau, aib keluarga dan ibu bapa.
Seolah kau suami tak guna. Atas alasan, nak cari kawan kongsi burn out.
Ciapan tersebut turut mendapat perhatian Shakilla yang berkongsi pandangannya dari sudut seorang isteri.
Tambahnya, keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila seorang isteri sudah sampai ke tahap hilang hati dalam rumah tangga.
Kadang bila seorang Isteri dah mula mencari ‘tempat’ untuk meluah, dia hilang tempat meluah dirumah.
Apa lagi tempat mengadu atau berlindung. Rumah yang sepatutnya ‘syurga’ buat suami isteri dan anak-anak dah jadi tempat asing untuk isteri yang mungkin dah jauh hati.
Lebih berat jika dah sampai tahap ‘tawar’.
Selain itu, Shakilla percaya seorang isteri tidak seharusnya dipersalahkan hanya kerana mencari ruang untuk meluahkan perasaan terutama apabila beban yang dipendam semakin berat.
Isteri awak tak salah kalau dia mencari tempat untuk meluah sebab dia tak nak jadi mental pikul beban yang kian memberat dan membunuh diri dan jiwa sendiri dalam diam.
Tepuk dada dulu.
Sumber: Threads








