berita

Sham Visa Dedah Terima Lebih 1000 Mesej Setiap Hari, Kebanyakan Dari Wanita Sudah Berkahwin

October 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekian lama menghilangkan diri dari dunia muzik, nama vokalis kumpulan rock 90-an, Sham Visa kembali menjadi sebutan peminat apabila dia menjadi salah seorang peserta sebuah program realiti nyanyian.

Penampilan Sham yang dikatakan mirip pelakon Iron Man, Robert Downey Jr. ternyata mencuri tumpuan netizen khusunya kaum wanita apabila mereka sering menghantar mesej kepadanya menerusi Instagram setiap hari.

Sebahagian besarnya wanita sudah berkahwin

Menerusi laporan Harian Metro, Sham mengakui menerima lebih 1,000 mesej di Instagram setiap hari dan sebahagian besarnya daripada wanita yang sudah berkahwin. Namun, dia turut menafikan bahawa menerima pesanan berbaur lucah atau gambar yang keterlaluan daripada peminatnya.

Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menerima apa-apa mesej atau gambar berbaur lucah. Kebanyakan mesej yang dihantar peminat adalah untuk mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan apabila saya kembali aktif.

Sham turut memberitahu bahawa rata-rata peminatnya terdiri daripada golongan dewasa dan mereka mampu untuk berfikir mengenai batas-batas terhadap sesuatu perkara.

Berterima kasih kepada peminat

Walaupun usianya sudah mencecah 47 tahun, Sham masih menjadi kegilaan peminat terutama selepas dia menyertai sebuah program realiti nyanyian. Tambahnya, dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong kariernya walaupun sudah 15 tahun dia menghilangkan diri dari dunia muzik.

Mengenai akaun Instagram, Sham memberitahu bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai akaun media sosial. Namun, akaun Instagram tersebut wujud sebaik sahaja dia menyertai program realiti tersebut. Setakat ini jumlah pengikutnya sudah mencecah 35k dalam tempoh dua minggu.

Untukmu selamanya

https://www.youtube.com/watch?v=RlhmM_woEJA

Sepanjang dua minggu rancangan realiti tersebut berlangsung, Sham antara peserta yang sering mendapat pujian dan berada di kedudukan yang teratas. Menurut salah seorang juri tetap Dato Ramli Ms, Sham merupakan peserta yang menunjukkan banyak peningkatan walaupun baru minggu kedua. Nyanyian yang disampaikan sangat jelas. Cuma, dia perlu menjadi lebih ganas dan menunjukkan sifat rockers untuk minggu yang berikutnya.

Sumber: Harian Metro & Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×