berita

‘Shame On You Girl’ – Sharnaaz Ahmad Respon Isu Pelajar Hina Guru, Anggap Satu Tindakan Keji

June 26th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial, seorang ibu mengamuk apabila anak dirotan gara-gara memanggil guru lelakinya ‘ah kua’ atau pondan. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga mengkritik tindakan kurang ajar pelajar tersebut.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram Story turut memberi respon berkenaan isu viral ini. Katanya, menghormati guru adalah wajib dan tindakan menghina adalah sesuatu yang keji.

Caranya senang, buang sekolah

Menurut Sharnaaz, menghormati guru adalah wajib dan seorang pelajar tidak seharusnya menghina secara terang terangan. Malah, Sharnaaz menganggap tindakan tersebut adalah keji.

Tambahnya lagi, ibu bapa zaman sekarang berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa zaman dahulu. Jadi hukuman berbeza harus diambil untuk memberi pengajaran.

Shame on you girl

Sharnaaz turut menyatakan terima kasih kepada guru yang ‘mengajarnya’ sehingga menjadi ‘manusia’ seperti sekarang. Terima kasih kerana telah mendidik dengan rotan sebat yahudi, pemadam papan hitam, tong sampah dan buku teks melayang sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Sumber : Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.