Personaliti media sosial, Shaniena Natasya menangis apabila ada segelintir warganet yang tergamak meninggalkan komen negatif terhadap kandungannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasha Beri Penjelasan Isu Batal Tunai Umrah – ‘Kemungkinan Untuk Keguguran Disebabkan Tekanan Semasa Penerbangan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaf Naufas Perjelas Isu Percutian Bersama Shaniena Natasya, Nafi Tinggal Sebilik – ‘Dia Isteri Orang & Saya Masih Tahu Batas’

Komen negatif

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena tidak mampu menahan air mata ketika berkongsi komen daripada seorang individu yang mendoakan sesuatu yang buruk berlaku kepada cahaya matanya.

Saya dah tak mampu nak cakap. Biarlah orang kata kita, kita jangan kata balik..tapi makin melampau ya.

Nak kata tak apa, tapi janganlah doa yang tak baik.

Jangan risau, saya tak stres pun cuma terkejut, kenapa manusia jadi begitu kejam? Mereka tak takut ke yang buruk tu akan berbalik kepada mereka?

Saya harap ibu-ibu lain tidak mengalami perkara yang sama.

Kata-kata negatif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan individu tersebut yang disifatkan melampaui batas.

Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Shaniena supaya mengabaikan kata-kata negatif seperti itu dan tidak terlalu berkongsi tentang kehidupannya di media sosial.

Tak faham betul la kenapa sampai nak doakan yang buruk-buruk untuk orang.

Awak kena yakin dengan Allah, jangan peduli dengan cakap-cakap orang. Sebab doa yang jahat tak akan dikabulkan.

Mungkin awak patut tutup sahaja ruangan komen demi diri awak dan anak.

Ramai yang tak suka tengok kelebihan yang awak ada, mungkin mereka cemburu sampai sanggup cakap macam itu.

Sementara waktu ini, lebih baik awak jangan kongsikan apa-apa pun. Takut emosi terganggu pula nanti.

Terdahulu, Shaniena berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas setahun menanti zuriat pertama.

Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei 2023.

Sumber: TikTok Shaniena Natasya