
Usahawan dan personaliti media sosial, Shaniena Natasya menjelaskan bahawa dia merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya ‘Upload’ Bukti Suami Beri Izin Pergi Melancong, Tepis Dakwaan Netizen Abai Tanggungjawab
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hilang Sabar, Selar Netizen Kecam Main Pickleball Dalam Pantang
Rujuk doktor
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena memaklumkan dia dan suami akan melakukan pemeriksaan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing.
Video yang saya makan supplement tu ramai betul komen.
Setakat ni saya tak bodoh lagi nak telan tapi tak tanya doktor.
Saya ada doktor saya sendiri. Setiap enam bulan saya dan suami akan buat pemeriksaan kesihatan. Kami akan check kanser dan sebagainya.
Komen negatif

Dalam masa yang sama, ibu kepada seorang anak itu juga menyelar komen segelintir warganet yang kurang senang dengan tindakannya mengamalkan pengambilan suplemen.
Yang komen tu pun Ya Allah, macam ‘peti ais’ bergerak. Bila nak komen kena pakai otak bukan pakai lutut.
Memanglah akan sakit buah pinggang kalau tiap-tiap hari makan fast food, lepas tu tak bersenam.
Tak ada lagi orang bodoh yang makan suplemen tanpa nasihat doktor.
Saya pernah nampak ada segelintir masyarakat Cina yang sudah berusia makan 20 ke 30 biji (suplemen), terkejut saya tengok. Mereka semua sudah tua tapi cantik-cantik belaka.
Dalam masa yang sama, Shaniena turut menasihati generasi muda untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Serius lah awak semua makan suplemen tapi tak pernah tanya doktor?
Saya nak beri peringatan untuk anak muda, awak semua kena selalu buat pemeriksaan kesihatan.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya








