berita

Share Foto Sandar Di Bahu Lelaki Misteri, Intan Najuwa Dah Berbaik Dengan Bekas Tunang?

June 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, hubungan pertunangan antara pelakon Intan Najuwa bersama Razrul Anwad Rusli telah berakhir pada bulam Februari 2020 lalu. Terbaru, sekeping foto yang dimuatnaik melalui Instagram pelakon itu menyaksikan dia sandar di bahu seorang lelaki di dalam sebuah kereta telah mencetuskan tanda tanya. Adakah pelakon drama Tuan Danial ini telah berbaik dengan bekas tunangnya?

Kembali semula pada tunang?

https://www.instagram.com/p/CBcSkN2DA1V/

Foto pelakon wanita ini bersama dengan seorang lelaki yang didakwa bekas tunangnya itu dimuatnaik tanpa apa-apa kapsyen. Bagaimanapun, gambar tersebut tidak mendedahkan wajah penuh figura lelaki itu.

Lama tak nampak

Berdasarkan penelitian pada foto tersebut, netizen mula mendakwa lelaki berkenaan merupakan bekas tunangnya. Malah, ada di antara mereka senang hati sekiranya Intan Najuwa sudah berbaik dengan bekas tunang.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

SKIP THIS AD ×