Pelawak Sharif Zero imbas semula peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup adiknya iaitu pelawak Atu.
Artikel Berkaitan: FD4: Sharif Mengaku Silap Sebut Nama Siti Nurhaliza, Anggap Tersasul Atas Pentas Perkara Biasa – ‘Saya Gugup’
Artikel Berkaitan: Atu Zero Sanggup Buat ‘Show’ Percuma Demi Gembirakan Orang Lain – ‘Dulu Saya Kejar Wang, Sekarang Cukup Rasa Puas’
Jadi gelandangan
Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur (KL) dan hidup sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.
Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.
Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.
Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah.
Sharif berkongsi mengenai perkara itu menerusi podcast Raja Lawak Podcast yang disiarkan di saluran YouTube Inspirasi MY.
Dadah?
Tambah Sharif, Atu juga hampir terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan tersilap memilih kawan.
Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.
Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit.
Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu.
Sumber: YouTube