berita

Sharifah Amani Duta Rasmi FIFA Online 2 Let’s Play

July 25th, 2012 | by M
Kini Trending

Kempen EA Sports FIFA Online 2 Let’s Play memilih 2 selebriti terkenal iaitu Sharifah Amani dan Cindy Chen sebagai duta rasmi bagi mempromosikan permainan bola secara online ini mulai 4 Julai sehingga 4 September 2012.

Kedua-dua selebriti ini telah dipilih berdasarkan karakter mereka yang gemarkan sukan ekstrim, sekaligus mencerminkan konsep permainan online yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

Melalui lampiran media yang disediakan, tujuan kempen ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran para pemain game di seluruh Asia Tenggara, terutamanya Malaysia mengenai kewujudan FIFA Online 2 ini. Untuk itu, pihak FIFA turut mengintegrasikan platform ini dengan laman sosial milik Google dan Facebook bagi mencapai lebih ramai pemain.

Uniknya, permainan online ini boleh dimain secara percuma! Setiap pemain baru akan diberikan pek permulaan yang diberikan secara percuma, manakala untuk pemain sedia ada, mereka akan menerima ganjaran berupa item eksklusif yang hanya boleh didapati di dalam platform tersebut.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh mengunjungi laman rasmi FIFA Online 2 di atau Facebook di http://www.facebook.com/fifaonlineII

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.