berita

Sharifah Rose Serik Kongsi Kisah Cinta Kepada Umum, Kini Lebih Privasi – ‘Saya Akan Beritahu Bila Dah Halal’

November 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose mengakui tindakannya sebelum ini yang terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi di laman sosial sebagai satu kesilapan sehingga memakan diri.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Keluarkan Apa-Apa Kenyataan Saya Kena Dapatkan Keizinan Rose’ – Ezzrin Loy

Artikel Berkaitan: ‘Single But Not Available’ – Sharifah Rose Mengaku Sedang Mengenali Seseorang

Dikecam jaja kisah cinta

Sharifah Rose

Menerusi perkongsian di TikTok Hijabista, Rose berkata, gara-gara sering berkongsi mengenai hubungannya kepada umum, dia telah menerima banyak kecaman daripada pihak luar.

Sosial media ini kalau kita terlalu kongsi banyak benda fasal privasi kita, orang akan menggunakannya untuk menentang. Kadang-kadang bila kita terlalu kongsi kebahagian kita, ada saja orang tak suka kan.

Jadi, untuk masa lalu, saya terlalu terbuka sangat fasal hubungan saya. Terlalu banyak sangat tekanan daripada luar, terlalu banyak sangat kecaman daripada luar.

Saya rasa kebahagian itu tak dapat antara saya dan orang itu. Saya tak tahu kalau dia untuk saya.

Justeru kata Rose, kesilapan lalu itu mengajar dirinya untuk lebih bersikap privasi untuk berkongsi kepada umum soal hubungan cinta.

Jadi saya belajar daripada kesilapan saya untuk fokus mengenali individu itu, Insya-Allah kalau dia adalah untuk saya, saya akan beritahu satu dunia bila tiba masanya dah halal.

Tapi sekarang biarlah saya kenal dia sebetul-betulnya dia. Bukan daripada apa yang orang beritahu kalau dia macam mana.

Terdahulu, Rose pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazrief Khalid.

Terbaharu, Rose kini dikhabarkan sedang mengenali rapat adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy selepas dilihat beberapa kali keluar bersama.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×