
Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya mendedahkan wajah lelaki yang didakwa merupakan suaminya, Cyril Kongo, menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Artikel Berkaitan: Pelukis Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Sudah Bernikah Kali Ketiga, Enggan Dedah Identiti Suami
Suami Sharifah Sakinah?
Menerusi foto yang dimuat naik, pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 36, dilihat menghadiri sebuah majlis eksklusif jenama jam tangan mewah bersama Cyril, yang juga seorang pelukis grafiti terkenal dari Perancis.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang digunakan oleh aktres tersebut yang merujuk lelaki itu sebagai ‘laki;, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Tahukah anda ‘laki’ saya kuat menyakat saya.
Dalam perkongsian itu juga, Sakinah meluahkan rasa gembira apabila berpeluang meluangkan masa berkualiti bersama Cyril di majlis berkenaan.
100 peratus premium family fun.
Terdahulu, Sakinah pernah mendedahkan bahawa dia telah kembali berumah tangga, namun memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai identiti dan butiran perkahwinannya itu.
Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, yang kini berusia 8 tahun.
Selepas itu, Sakinah kembali bertemu jodoh dengan lelaki warga Sweden, Michael Hansen pada 2021, namun hubungan itu juga berakhir dengan perceraian selepas dua tahun.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah