berita

Sharifah Sakinah Dah Tinggal Luar Negara? Kakak Komen Tak Tahu

April 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi sebuah video senamannya bersama tunangnya di Instagram menjadi tanda tanya buat para netizen.

‘Susah sangat tanya artis antarabangsa tanya dia kat mana’

Menerusi posting yang telah dimuat naik olehnya itu, kelihatan dia bersama tunangnya yang merupakan warga Sweden, Michael Hansen itu sedang melakukan aktiviti senaman yang berlatarbelakangkan persekitaran seperti di luar negara.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon yang berusia 32 tahun itu hanya mengatakan tidak dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai di mana dia berada sekarang.

Walau bagaimanapun, apabila minta kakaknya, Sharifah Shahirah untuk memberi sedikit komen mengenai adiknya itu, Shiera hanya mengatakan yang dia tidak mengetahui jika Sakinah sudah berada di luar negara ataupun tidak.

Cuba tanya Sakinah sendiri. Dia di sana kita tak tahu. Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak dan tak sempat nak jaga Sakinah.

Susah sangat tanya artis antarabangsa. Tolong tanyakan dia kat mana. Kami tengok kat Instagram sahaja.

Nekad untuk berhijrah ke luar negara

Kakaknya juga mengatakan bahawa adiknya itu sudah cukup dewasa dan dia sendiri tahu untuk menjaga dirinya ketika dia berada dimana-mana sahaja.

Pada sebelum ini, Sakinah pernah berkongsi mengenai dirinya yang memang nekad untuk berhijrah ke luar negara untuk meneruskan rawatan berkenaan masalah kesihatan mentalnya iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau lebih dikaenali sebagai ADHD.

Sumber : sharifah_sakinah

SKIP THIS AD ×