Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Sakinah memberitahu kepada umum bahawa dia akan menamatkan zaman janda pada 25 Mei tahun hadapan dengan jejaka dari Sweden iaitu Michael Hansen. Jelasnya, tarikh tersebut sangat istimewa buat diri mereka kerana ianya merupakan hari ulang tahun kelahiran mereka berdua.
Artikel berkaitan: Sering Muat Naik Foto Bersama, Sharifah Sakinah Bagi ‘Hint’ Dah Kahwin Jejaka Sweden?
Namun begitu, timbul pula satu dakwaan menuduh pelakon drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang. Betul ke?
Pantang caras suami orang
Menerusi laporan Berita Harian, Sharifah Sakinah menegaskan bahawa dia paling pantang ‘mencaras’ suami orang lain. Tambahnya dia masih waras dan teguh dengan prinsip hidupnya tidak mengambil suami orang.
Saya tak boleh nak mengenai lelaki yang masih berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu. Saya kenal Hansen sudah bergelar duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia.
Netizen suka membuat tuduhan melulu kononnya Hansen sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya. Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan.
Ujar Sharifah Sakinah, Michael sudah pulang ke negaranya baru-baru ini bagi menyambut perayaan Krismas bersama dua orang cahaya matanya. Pada masa yang sama, Michael akan menyeleaikan urusannya dengan bekas isteri.
Perlu urus beberapa dokumen
Apabila merancang mahu berkahwin, Hansen kena uruskan beberapa urusan membabitkan dokumen perceraian. Kita sendiri orang Melayu pun jika berpisah ada perkara yang perlu diselesaikan. Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama.
Bagaimanapun, kita tak tahu pandemik COVID-19, apa sahaja boleh terjadi. Saya harap urusan untuk Hansen pulang ke Kuala Lumpur akan dipermudahkan.
Mengulas lebih lanjut, Sakinah memberitahu bahawa adat dan cara orang putih selepas bercerai bukan jenis terus tinggalkan pasangan mereka. Ada beberapa prosedur perlu diselesaikan. Dia juga berharap perjalanan Michael semasa pulang semula ke Kuala Lumpur nanti dipermudahkan memandangkan dunia masih dilanda wabak Covid-19.
Sumber: Berita Harian