berita

Sharifah Sakinah Main Ilmu Hitam Sampai Rumah Tangga Nadia Brian Runtuh? Drama Terbaru Ke Ni?

February 23rd, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Asyik drama cinta je kan, apa kata kali ni korang layan pula drama cinta bertemakan mistik seram dan ilmu hitam? Wow, dengar macam menarik! Mana taknya, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ni menampilkan barisan pelakon hebat dan kontroversi iaitu Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Nadia Brian.

Selepas kisah perpisahannya, di samping menolak tawaran untuk beraksi keterlaluan dalam produksi Ireland, drama ini merupakan penampilan pertama Nadia Brian sebagai watak utama.

Karya arahan sutradara Shuhaimi Lua yang sudah ke udara di slot Samarinda TV3 ni juga turut menampilkan pelakon hero Malaya Adi Putra serta Atiq Azman, Zaki Azeman, Jasper Supayah, Kuza dan ramai lagi.

Bergenre semi-horror & cinta, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri tampilkan kelainan

Drama bersiri ini mengisahkan cinta yang tak terbalas Laila (Sharifah Sakinah) terhadap Eizlan (Adi Putra) yang bertukar dendam selepas Eizlan menikahi Raihani (Nadia Brian).

Adi Putra yang dikenali dengan watak gangster, kali ni melakonkan watak yang dalam hati ada taman pulak. Ke gangster memang macam tu eh?

Angkara dendam yang semakin membara, Laila tekad menggunakan cara mistik dengan bantuan Embun (Lana Nodin) untuk memusnahkan perkahwinan Eizlan dan Raihani. Rindu pulak nak tengok Lana Nodin dekat TV, dah 4 tahun berehat dari lakonan, sekali buat comeback terus kebabom!

Kehidupan Raihani dan Eizlan pada mulanya bahagia. Namun, kehadiran Laila dalam hidup mereka membuatkan rumah tangga mereka goyah dek perbuatan jahat Laila yang penuh dengan misteri.

Korang rasa, berjaya tak Laila meruntuhkan rumah tangga Eizlan dan Raihani? Ataupun mungkin kekuatan kasih sayang mereka dapat melawan dendam kesumat Laila?

Nak tahu kesudahannya? Jom saksikan Aku Yang Kau Gelar Isteri di iQiyi!

Kalau korang nak tahu, iQiyi adalah laman web penstriman filem dan video dalam talian terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan drama TV, filem, animasi dengan pengalaman tontonan yang berkualiti serta menarik!

Takde masa untuk tengok rancangan kegemaran korang? Jangan risau, di iQiyi korang boleh muat turun rancangan kegemaran korang secara offline dan tengok kemudian di mana-mana saja pada bila-bila masa walaupun tanpa internet. Yeay!

Korang juga boleh nikmati lebih banyak video bermutu tinggi yang eksklusif dan PERCUMA dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sangat berguna terutamanya semasa adegan di mana pelakon bercakap dengan pantas ataupun kurang jelas. 

Bukan itu saja, korang kini berpeluang untuk strim video di iQiyi melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, laptop ataupun smart TV. Yang penting, tiada caj tambahan dikenakan.

Apa tunggu lagi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri, PERCUMA dan EKSLUSIF pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 dan 11 malam di iQiyi.

Kalau dah habis tengok drama ni, korang sambung pulak layan drama Rahimah Tanpa Rahim, K-drama How to be Thirty dan rancangan variety Youth With You. Ada Lisa Blackpink tau!

Ingat drama, ingat iQiyi!

Nak lagi mudah, terus je muat turun aplikasi iQiyi di SINI.

SKIP THIS AD ×