Sharifah Sakinah

Pelakon, Sharifah Sakinah mengesahkan sudah selamat melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, pada hujung minggu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Sakinah Tidak Mahu Ubah Ciptaan Allah Demi Kepuasan Orang Lain – ‘Eye Bags Ini Tak Mengganggu Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Tak Pernah Dicurangi Dalam Percintaan – ‘Yang Kantoi Curang Adalah Saya’

Selamat bernikah

Sharifah Sakinah

Memetik laporan Harian Metro, Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang telah berjaya menambat hatinya.

Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media.

Dalam majlis tersebut, adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah itu tampil dalam persalinan serba putih.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun mereka bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Sakinah kemudian bernikah untuk kali kedua dengan seorang lelaki yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021, namun berpisah pada penghujung 2023. Namun tiada sebarang cahaya mata dikurniakan.

Sumber: Berita Harian