berita

Sharnaaz Ahmad Tempelak Wartawan Kerana Kurang Ajar

October 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharnaaz-Ahmad2

Kalau korang masih ingat, pada hari Ahad lalu kita digemparkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta di Lebuhraya Karak hingga menyebabkan dua orang penunggang maut di tempat kejadian.

Mungkin ada yang tak tahu bahawa salah seorang mangsa iaitu Hazalli merupakan kenalan Sharnaaz Ahmad. Macam mana mereka kenal, tak tahulah kami. Mungkin kerana Sharnaaz pun agak aktif dalam sukan permotoran.

Tapi apa yang memeranjatkan, bila kami scroll Instagram pagi tadi, terpandang pula sekeping foto keratan akhbar mengenai artikel bertajuk ‘Mat Rempit’ Motosikal Kuasa Tinggi?’ yang dikongsikan oleh Sharnaaz.

Screen Shot 2014-10-24 at 10.10.30

Marah betul Sharnaaz sampai bagi middle finger kepada penulis artikel berkenaan. Dari apa yang kami lihat, bukan Sharnaaz sorang yang panas hati, malah ramai juga pengikutnya tak bersetuju dengan penulisan tersebut atau mungkin sahaja dengan tajuknya.

Bagi Sharnaaz, headline berkenaan dilihat tak menghormati mangsa dan telah menghina kebanyakan penunggang-penunggang motosikal yang lain.

Iyalah, rasanya ramai tahu bahawa penglabelan ‘Mat Rempit’ pada sesetengah individu adalah agak sensitif. Apapun, sekarang ni lebih baik kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang tak terselemat dalam kemalangan tersebut.

SKIP THIS AD ×