berita

Sharnaaz & Eira Syazira Main One-Two-Some Pilih Kampung Beraya. Boleh Gitu?

August 1st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Sharnaaz-Ahmad-Tidak-Kisah-Hubungan-Shila-Amzah-Dan-Johan-As’ari-ROTIKAYA

Seronoknyalah beraya di kampung kan. Nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya tiada kampung. Maka, tak pernah la merasa feeling balik kampung tu macam mana.

Namun, bagi yang sudah berumahtangga, tiap kali menjelang hari raya mesti akan timbul isu ‘balik kampung siapa tahun ini’. Bagi yang memang dah buat deal awal-awal, takdelah masalah. Tapi kalau dua-dua tak mahu beralah, alamatnya perang dunia la kan?

Ha..menariknya, kisah realiti ini telah dibawa ke dalam bentuk telefilem berjudul Satu Syawal dan akan ditayangkan menerusi Astro Maya Hd (135) jam 9.00 malam ini.

image

Eira Syazira sebagai Laila dalam telemovie Satu Syawal

Dilakonkan oleh dua nama besar dalam industri iaitu Sharnaaz Ahmad dan Eira Syazira, cerita ini berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang berkelakuan pelik setiap kali bulan Ramadhan.

Kazman (lakonan Sharnaaz Ahmad) dan Laila (lakonan Eira Syazira) sengaja bekelakuan begitu hanya untuk memastikan meeka dapat beraya di kampung halaman masing-masing.

Namun, apa yang lebih mencuit hati, mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan isu itu dengan melakukan one-two-som. Haha. Itu memang comel!

Jadi, buat semua para pembaca OHBULAN!, apa kata malam ni kita tengok sama-sama  siapa yang menang one-two-som tu. Saya rasa Eira yang akan menang. Girls power la katakan! Anda pula macam mana?

SKIP THIS AD ×