
Penyanyi Datuk Sheila Majid, memberi pendapat tentang kecantikan rupa paras dan personaliti diri seseorang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tukar Lirik Jadi ‘Antara Seoul & Malaysia’, Taeyang Raih Perhatian Sheila Majid – ‘Awesome Blossom’
Artikel Berkaitan: ‘Ini Adalah Berita Palsu!’ – Sheila Majid Nafi Derita Penyakit Arthritis & Berkerusi Roda
Cantik semula jadi
Menerusi podcast Kita Kita Aje, Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid, menegaskan bahawa dia tidak akan mengubah wajahnya, malah menerima dan bersyukur dengan fizikal yang dikurniakan Allah SWT.
Wanita pada hari ini mesti mengetahui..maaf, tapi tiada satu pun saya tengok yang buat muka ini cantik apatah lagi untuk meyakinkan saya melakukannya.
Tapi saya memang tak akan buat kerana saya takut tuhan. Allah berkata jangan ubah apa yang telah diberikan.
Cuba bayangkan hidung besar saya ini (diubah), muka akan bertukar. Jadi, biarlah ia nampak lebar tapi comel.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 60 tahun tersebut juga berkata, keperibadian seseorang adalah lebih penting daripada kecantikan semata-mata.
Kadang-kadang ada segelintir orang dia tak begitu cantik tetapi sebab dia ada adab, sopan santun dan caranya yang manis, jadi orang akan suka tengok.
Kalau hanya fokus pada muka sahaja nak cantik tapi karakter tak senonoh, orang pun tak nak pandang.
Pujian netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pendapat yang dinyatakan oleh pelantun lagu Antara Anyer Dan Jakarta itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji kecantikan wajahnya yang tidak ditelan usia.
Sheila ini penampilannya sentiasa kemas dan berketerampilan.
Cantiknya dia, bagus dia tak takut pun untuk berusia dan hargai ciptaan Allah.
Dia memang comel, tak ada ubah apa-apa pun kemas bergaya dan nampak ‘fresh’.
Datuk memang cantik semula jadi, tak pernah nampak dia warnakan rambut apatah lagi mengubah fizikal terutama muka.
Apa yang Allah beri sudah cukup cantik. Kalau kita tengok mereka yang buat pembedahan plastik, wajah mereka tiada personaliti dan rupa semua hampir sama.
Sumber: TikTok Kita Kita Aje! Podcast