
Susulan sambutan luar biasa bagi fasa 1 pada bulan Mei lalu, Latihan Pestapora menampilkan artis yang lebih mengujakan bagi fasa 2 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai ini.
Artikel Berkaitan: Seram, Sedih & Menyayat Hati.. Ini Kisah Sebenar Disebalik Lagu Popular ‘Sephia’ Dari Sheila On 7
Artikel Berkaitan: 20 Tahun Jadi Vokalis Kumpulan Sheila On 7, Duta Mahu Bergerak Solo
Sheila On 7 kembali ke Malaysia

Kumpulan legenda dari Indonesia, Sheila on 7 bakal kembali ke Malaysia untuk Latihan Pestapora bersama barisan artis tersohor yang lain seperti Nadin Amzah, ALVN, dan ramai lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group iaitu Rohit Rampal menyatakan kehadiran kumpulan Indonesia terkenal itu bakal mengukir sejarah bersama para peminat.
Sheila on 7 bukan sekadar kumpulan muzik, mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem satu generasi.
Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi ia adalah detik yang bersejarah.
Dengan Stadium Nasional sebagai lokasi baharu, kami bersedia untuk mengukir sejarah festival muzik di Malaysia.
Dalam pada itu, Pengarah Festival Pestapora & Pengasas Bersama Boss Creator iaitu Kiki Ucup memaklumkan bahawa festival ini bakal menyatukan muzik dan komuniti dari pelbagai generasi.
Ujarnya, dia berharap agar festival ini dapat menyatukan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti.
Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.
Dengan Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN sebagai tambahan dalam barisan artis persembahan, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan.
Tiket untuk Fasa 2 ini bakal dijual pada 9 Jun, 12:00 tengahari di laman sesawang www.latihanpestaporamalaysia.com.
Harga bermula serendah RM189 hingga RM399. Latihan Pestapora Malaysia 2025 turut menampilkan barisan artis Malaysia seperti Bunkface, Dolla, dan ramai lagi.








