
Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad berpendapat tidak menjadi kesalahan jika orang ramai memilih untuk membeli kelengkapan Hari Raya lebih awal.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Sangat Peramah, Pandai Layan Pelanggan’ – Sherry Alhadad Cari ‘Abang Jagung’ Di Istanbul
Tak salah beli awal

Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 41, berkata dia sendiri lebih selesa membuat persiapan lebih awal kerana perlu menguruskan banyak perkara lain sepanjang bulan Ramadan.
Saya sendiri awal Ramadan sudah selesai semua kelengkapan, sudah beli baju. Sebelum ini saya saat akhir, beli baju, tiket kapal terbang semua saat akhir.
Saya yang menguruskan keluarga, jadi lebih baik persiapan itu saya siapkan awal. Saya anggap buat persiapan awal adalah satu tindakan yang bijak.
Ada setengah orang suka beli lambat kerana kemungkinan ada jualan murah, di situ dapat berjimat. Ada juga barang yang boleh sahaja dibeli atas talian, terus hantar ke rumah.
Sherry berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Sherry menjelaskan antara kelebihan membuat persiapan awal adalah sekiranya terdapat kerosakan pada barangan yang dibeli, masih sempat dipulangkan atau ditukar sebelum menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap individu perlu bijak merancang perbelanjaan agar tidak berbelanja secara berlebihan semata-mata untuk menyambut Hari Raya.
Kelebihan beli kelengkapan awal adalah jika ada kerosakan, masih sempat tukar dan pulangkan semula kepada penjual sebelum raya.
Sebenarnya okay sahaja buat persiapan awal, tetapi perlu diingatkan janganlah beli sehingga melampau sampai lupa dunia. Beli awal atau lambat tidak salah, apa pun tetap beringat ketika membeli.








