

Sama seperti tahun sebelum ini, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad meraikan Syawal di Kuching, Sarawak bersama ibu tercinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Takut Nak Dekat Sebab Anggap Saya Dominan & High Maintenance’ – Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Bergaji Lebih Rendah
Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Mengaku Terkesan Tiket Penerbangan Mahal Setiap Kali Raya – ‘Saya Pernah Balik Sarawak RM2,000 Seorang’
Memang tradisi

Ketika ditemui oleh OhBulan!, pemilik nama Shariffah Ferry Mariam Sri Karisma berkongsi dia telah menyediakan tujuh pasang baju kurung untuk beraya di kampung halaman.
Katanya, ia merupakan tradisi di negeri itu di mana mereka akan memakai baju Melayu dan kurung selama seminggu.
Berbeza apabila menyambut hari raya di Sarawak, kami tujuh hari tujuh malam akan pakai baju kurung atau baju melayu.
Kalau pergi pusat beli-belah pun akan tetap pakai baju kurung.
Baju raya saya ringkas sahaja dan kadang-kadang saya pakai semula baju raya yang lama.
Banyak kek lapis

Menceritakan suasana di kampung halaman, Sherry berkata penduduk di Sarawak lebih menikmati juadah kek lapis berbanding kuih raya.
Makanan sama sahaja tetapi kalau juadah orang Sarawak lebih kepada kek lapis Sarawak.
Makin kaya orang tersebut, makin meriah kek lapisnya. Macam hantaran pun ada tetapi yang lain sama sahaja tiada beza sangat.
Dalam pada itu, Sherry juga berkongsi setiap kali perayaan raya dia dan keluarganya akan menginap di hotel.
Sementara itu, Sherry turut memaklumkan dia telah melakukan persiapan raya lebih awal iaitu sebelum memasuki bulan Ramadan.
Baju raya termasuk keluarga saya dah belikan awal-awal sebab tidak mahu kelam kabut ketika Ramadan.
Tahun ini saya tidak raya lama sangat sebab kebiasannya kakak saya akan ikut pulang sekali tetapi kali ini saya dengan ibu sahaja yang balik.
Daripada raya pertama dan raya keempat saya akan berada di Kuching.






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

