Pelakon, Sherry Ibrahim mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) apabila mendedahkan ramai mengajaknya untuk menamatkan zaman bujang.

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Kecewa Kisah Silam Kerap Diungkit – ‘Kalau Saya Dah Redha, Kenapa Ada Yang Tidak Boleh?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Raihan Kata Dia Rindu Saya’ – Sherry Ibrahim Tak Sangka Jumpa Adik Fattah Amin, Pertemuan Disifatkan Penuh Hikmah

Ramai ajak kahwin

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Syarizad Ibrahim, 42, menyatakan rasa terkejut apabila menerima pesanan berkaitan perkahwinan.

Difahamkan, pesanan itu diterima selepas Sherry menyatakan rasa selesa menjalani kehidupan dengan cara sendiri tanpa memerlukan sosok seorang lelaki di dalam hidupnya.

Sekarang ramai pula yang DM ajak kahwin. Lawaknya.

Ingat kahwin itu senang-senang atau suka-suka… Takutlah.

Dalam pada itu, Sherry turut berseloroh menyatakan dia tidak akan membuat pengumuman sekiranya mendirikan rumah tangga.

Tidak mengapa, saya tunggu Allah SWT yang aturkan ataupun saya kahwin tetapi tidak buat pengumuman.

Nak kahwin senyap-senyap sajalah.

Sumber: Instagram