Penyanyi, Shiha Zikir sentiasa mengingati pesanan Biduanita Negara kedua, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang menasihatkannya agar sentiasa membantu serta memudahkan urusan orang lain.

Artikel Berkaitan: SFMM40: Shiha Zikir Reda ‘Renjana’ Gagal Lolos – ‘Harapan Tinggi Sebab Lagu Itu Untuk Arwah Abah’

Pesanan & kenangan

Menerusi hantaran di TikTok, Shiha, 38, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menimba ilmu dan berguru secara langsung dengan arwah ketika menyertai program Mentor musim kelima.

Segala pesanan ummi (Sharifah Aini) sentiasa saya ingat, begitu juga dengan setiap kenangan bersama. Kami tidak pernah terputus hubungan sejak Mentor sehinggalah ke akhir hayat ummi.

Berguru dengan ummi adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Renjana itu turut merakamkan penghargaan kepada Malaysian Philharmonic Orchestra atas undangan istimewa untuk mempersembahkan lagu-lagu nyanyian Allahyarham sebagai tanda penghormatan terhadap legasi seni yang ditinggalkan.

Untuk rekod, Shiha merupakan protege kepada Allahyarham Sharifah Aini dalam program Mentor musim kelima dan berjaya meraih gelaran Naib Johan. Manakala tempat pertama dimenangi oleh Salma, protege kepada Erra Fazira.

Sumber: TikTok