berita

Shila Amzah Berjaya Ke Final I Am A Singer & Bakal Berentap Dengan 6 Penyanyi Asia

April 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

shila amzah

Setelah enam minggu berturut-turut berentap di pertandingan I Am Singer, penyanyi kebanggaan Malaysia, Shila Amzah kini merupakan salah seorang peserta yang layak melangkah ke pusingan akhir.

Perjalanan Shila di dalam pertandingan tersebut bukanlah indah belaka, pelbagai usaha dilakukan demi memastikan dirinya masih kekal berjuang walaupun sering menjadi bahan kritikan.

Tidak hanya diuji dengan isu MH370 yang mana Shila dikatakan menjadi mangsa buli Netizen di China, penyanyi bersuara emas itu juga dipandang serong selepas menggayakan pakaian tidak bersesuaian dengan imej bertudung sewaktu membuat persembahan.

Shila

Shila mendapat tempat pertama pada minggu kesebelas

Namun, apa yang berlaku sedikit pun tidak mematahkan semangat Shila untuk berjaya hingga mampu memperoleh beberapa tempat teratas di pertandingan itu dari minggu ketujuh iaitu sejak awal penyertaannya hingga minggu kedua belas.

Memasuki minggu ketiga belas iaitu minggu terakhir pada hari ini, peminat bakal menyaksikan Shila berentap dengan penyanyi-penyanyi hebat seperti G.E.M dari Hong Kong, Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan), dan Zhou Bichang (China).

Shila yang pada ketika ini sedang berada di China mengharapkan peminat di Malaysia dapat mendoakan kejayaannya selain beranggapan hanya undian daripada penyokong yang mampu menentukan penyanyi mana bakal gelaran juara nanti.

Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi.

Jadi, kepada semua Shilalas di luar sana, jangan lupa untuk mengundi penyanyi kesayangan anda ini di laman web Weibo jika mahukan Shila dinobat sebagai juara I Am Singer musim kedua.

Fakta Menarik:

  • Shila menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh (7) dengan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua (2)
  • Minggu kelapan (8), Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’
  • Minggu kesembilan (9), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Listen’
  • Minggu kesepuluh (10), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu ‘Forever Love’
  • Minggu kesebelas (11), Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu ‘Rolling In The Deep’
  • Minggu kedua belas (12) (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu ‘Yang Chong’
  • Shila berjaya mara ke minggu ketiga belas (13) iaitu minggu akhir.