berita

Shila Amzah Buat Aduan Pada SPAD, Dakwa Pemandu Lori Memandu Secara Merbahaya

April 13th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang kita ketahui, penyanyi Shila Amzah kini sedang sarat hamil anak pertamanya hasil perkahwinan kali kedua bersama pempengaruh yang dikenali sebagai Ubai Mz.

Artikel Berkaitan: Hati Shila Amzah ‘Mendidih’ Ada Individu Berstatus Ibu Keluarkan Kata-Kata Jahat? – ‘Jaga Lisan, Awak Juga Ada Anak’

Lori memandu secara bahaya

Terbaharu, Shila atau nama sebenarnya mendakwa dirinya berdepan dengan situasi merbahaya sewaktu sedang dalam perjalanan ke arah selatan sewaktu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Berita tersebut dikongsikan pelantun lagu ‘Patah Seribu itu menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X.

Lori ini sangat hampir langgar kereta saya di lebuhraya Plus menghala selatan.

Dia bawak laju sangat, saya berada di ‘lane’ kanan, dia boleh potong terus kereta saya tanpa signal dengan sangat bahaya.

Susulan itu, Shila terus menghubungi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melaporkan kejadian tersebut.

Sekadar info, Shila dan Ubai telah pun mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk rekods, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun memilih untuk bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Aplikasi X Shila Amzah

SKIP THIS AD ×