Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Terpaksa Bersalin Secara ‘Czer,’ Tali Pusat Baby Terbelit Di Bahagian Muka – ‘Apa Saja Yang Terbaik’
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Ubai Sindir Bekas Suami Shila Amzah Culas Bayar Nafkah? Tuan Badan Jawab – ‘Saya Tidak Mengiyakan Atau Menidakkan’
Hidap talasemia
Menurut pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 33, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.
Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).
Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik.
Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan.
Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidap penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama.
Sekadar info, Shila mendirikan tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Sumber: Instagram