Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, iaitu Ubai MZ, memaklumkan bahawa isterinya kini berada dalam keadaan kurang sihat.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Pernah Tolak Tawaran Gelaran Datuk Lebih Sekali – ‘Saya Selesa Dengan Apa Ada Sekarang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruk Dihentam Rakyat China, Shila Amzah Dedah Nyaris Menjadi Mangsa MH370
Shila Amzah tak sihat
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih mesra disapa Ubai, berkongsi sekeping foto yang menunjukkan keadaan isterinya.
Dalam foto tersebut, Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah, 34, dilihat sedang berehat sambil melelapkan mata di dalam kereta. Penampilan Shila yang memakai pelitup muka turut mencerminkan keadaan kesihatan yang kurang baik sehingga memberi kesan terhadap suaranya.
Dalam kesempatan itu, Ubai memohon orang ramai mendoakan agar isterinya itu diberi kesembuhan.
Semoga isteri saya kembali sihat. Demam sampai suara pun tak ada.
Sementara itu, Shila Amzah, yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi terkenal ND Lala, turut berharap agar kesihatannya kembali pulih dalam masa terdekat.
Hal ini kerana dia perlu tampil dalam sebuah persembahan istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.
Untuk rekod, Shila Amzah dan Ubai MZ selamat diijabkabulkan pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rhea Akira, yang dilahirkan pada 9 Mei 2024.