berita

Shila Amzah Digelar Macai & Tak Layak Jadi Ikon

November 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

sidang-media-shila-amzah-terkilan-fitnah-konsert-ditaja-syarikat-judi-630x385

Lama nau tak dengar khabar penyanyi yang popular di negara orang ini. Sejak insiden ‘cuit’ media Melayu dan hutang bapanya dengan seorang selebriti veteran, nama Shila Amzah seakan-akan tenggelam dari persada seni tanah air.

Artikel Berkaitan :

Tup tup, kami dengar Shila telah dilantik menjadi ikon untuk sebuah parti politik. Terdetik di hati kami apakah sumbangan Shila untuk parti itu selama ini ya?

Semalam, tersebar di internet kononnya Shila dipilih diatas kejayaan mencipta nama diperingkat antarabangsa. Namun, ramai pula yang mengecam Shila. Nak tahu diorang kata apa? Meh baca lagi!

Screen Shot 2014-11-26 at 11.26.10 PM

Melalui laman Facebook sebuah blog hiburan, tak sangka pula kami apabila ada yang sanggup menggelar Shila macai semata-mata kerana gadis ini menerima pengiktirafan yang diberi.

Iyalah, setahu kami, Shila ni memang ramai ‘die hard fans’.

Tak cukup dengan gelaran tersebut, ada yang menganggap Shila tak layak dijadikan ikon kerana dia seringkali terpalit dengan kontroversi.

shilala

Fuh! Apabila kami baca komen-komen yang diberikan, nampaknya, Shila bakal kehilangan segelintir peminatnya.

Tapi, kami pasti Shila tak kisah apa orang nak kata. Shila kan sentiasa #bepositive dan #EverythingIsOk. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×