
Penyanyi Shila Amzah dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama suami dan dua cahaya matanya di Shanghai, China susulan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Bebas Hutang, Habiskan Bayar Rumah & Kereta..Berhenti Beli Barang Tak Perlu’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: ‘Suami Isteri Ini Effort Memang Kena Bersama, Sama-Sama Susah & Senang’ – Shila Amzah
Raya di China
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 36, memaklumkan mereka akan berangkat ke China bagi membuat persiapan menjelang konsertnya yang dijadual berlangsung pada 21 Mac. (edited)
Pada hantaran yang sama, pelantun lagu Patah Seribu itu memberi bayangan seolah-olah berat untuk beraya di negara asing, namun terpaksa diteruskan demi memenuhi komitmen konsert yang telah dijadualkan.
Okay, panik sekejap.
Esok kami sekeluarga akan ke China untuk konsert saya pada 21 Mac.
Maknanya, kami akan makan mee tarik pada hari raya di Shanghai.
Tiba-tiba terasa realitinya.
Dalam pada itu, Shila mengakui berasa gementar untuk membawa anak-anaknya menaiki penerbangan yang panjang, apatah lagi dengan pelbagai ragam yang sukar dijangka.
Menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza, Shila bagaimanapun tidak ketinggalan membuat persiapan raya dengan membawa baju tradisional ke China.
Sumber: Threads @shahilaamzah




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
