berita

Shila Amzah Pilih April Tamatkan Zaman Bujang. Tahniah!

March 28th, 2018 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Shila Amzah yang merupakan salah seorang rakyat Malaysia berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018. Umum sedia maklum, nama penyanyi ini sudah pun mekar dalam industri hiburan tanah besar China. Terbaru, dia juga telah merangkul anugerah tempat kedua pada acara Global China Music Chart for CCTV di negara China.

Artikel berkaitan: Shila Amzah Melakar Kejayaan Single Mandarin Di Global China Music Chart

Baru-baru ini, Shila Amzah dan tunangnya, Haris Idraki mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Menurut Astro Awani, bakal melangsungkan ikatan sah perkahwinan pada bulan hadapan.

Sibuk dengan persiapan

Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 pada 3 Nobember lepas di kediaman keluarganya di Cheras. Mereka akan bernikah pada 16 April tahun ini. Malah, dia juga sibuk ulang alik ke China atas urusan kerja dan pulang ke Malaysia untuk membuat beberapa persiapan sempena majlis tidak lama lagi.

Mewakili Malaysia

Shila merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 bagi tahun ini.

Tersenarainya saya dalam Forbes 30 Under 30, saya berharap ia dapat memberi inspirasi buat anak-anak muda untuk terus bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan.

Ternyata dia amat bersyukur dapat mewakili Malaysia dan tersenarai bagi kategori hiburan, malah dia juga bersaing dengan nama-nama hebat yang lain.

Credit: Astro Awani

The following two tabs change content below.