Kami rasa kedua-dua mereka mempunyai fans yang cukup hebat dan akan setia bersama mereka walaupun dihambat kontroversi.
Malah kami tak rasa terkejut jika fans Shila Amzah dan Ayda Jebat bakal berperang kerana isu ini. Mana taknya, Shila Amzah secara direct menyatakan rasa menyampahnya terhadap trademark Ayda Jebat.
Ala.. yang ‘Muah Ciked’ tu!
Annoying & Irritating – Shila Amzah
Seharusnya Didiamkan Sahaja!- Ayda Jebat
“Jika benar ada yang rasa annoying dengan perkara tersebut, seharusnya perkara itu didiamkan sahaja. Sejujurnya, saya sendiri tak kisah jika ada sesiapa pun mahu tweet mengenai perkara itu, saya pun tidak respon perkara tersebut di Twitter tetapi ianya telah mengguris hati peminat-peminat saya.” – Sumber: Murai