
Penyanyi, Shila Amzah berasa gembira melihat ibunya, Fauziah Sarman kini berada dalam fasa bahagia dan lebih tenang dalam kehidupan selepas dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Artikel Berkaitan: Ibu Shila Amzah Bakal Berkahwin Dengan Duda – ‘Dia Baik, Penyayang & Ada Bisnes Sendiri’
Ibu di fasa bahagia

Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia juga merestui hubungan mereka dan berpendapat ibunya juga berhak mengecapi bahagia bersama insan yang dicintai.
Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini.
Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.
Shila berkata demikian ketika ditemui di konsert Raise The Star Malaysia, baru-baru ini.
Disoal mengenai penerimaan adik-beradik yang lain, pelantun lagu Patah Seribu berkata, mereka sekeluarga menyambut baik hasrat ibunya yang mahu mendirikan rumah tangga semula.
Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagian ibu kami adalah juga kebahagian untuk kami.
Dalam pada itu, Shila berkata, perkara baik seharusnya dipercepatkan dan tidak elok ditangguh.
Tak payah tunggu-tunggu (untuk berkahwin), kalau boleh cepat-cepat.
Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.
Fauziah memaklumkan bahawa jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal. Kataya, lelaki itu memiliki peribadi yang baik dan penyayang.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)