berita

Shila Amzah Selamat Bersalin ‘Anak Merdeka’. Comelnya…

September 1st, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Kelahiran cahaya mata antara momen terindah yang pasti ditunggu-tunggu setiap pasangan termasuk juga penyanyi Shila Amzah. Penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi laman Instagram miliknya sempat memuatnaik foto anak sulung beserta kapsyen melahirkan kesyukuran.

Tahniah buat Shila Azmah dan suami atas kelahiran putera sulung!

Lahirkan anak sulung pada malam Merdeka

https://www.instagram.com/p/B12wNZBjkqk/

Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih buat keluarga, sahabat dan peminat yang mendoakan buat kelahiran anak sulungnya itu. Dia turut berkongsi nama putera sulung iaitu Seth Uwais Bin Haris Idraki dengan berat 2.88 Kg. Bayi lelaki itu dilahirkan pada malam merdeka pada tanggal 31 Ogos 2019 dan bersempena Awal Muharram mengikut kelendar Islam.

Cucu kedua

https://www.instagram.com/p/B12QU57AiLu/

Sementara itu, menerusi Instagram ibu kepada penyanyi ini, Mama Zie sempat memuatnaik foto dan melahirkan kesyukuran kerana dikurniakan cucu kedua buat dia dan suami. Dia turut memaklumkan cucu keduanya itu dalam keadaan yang sihat dan Shila Amzah bersalin secara Cesarean pada jam 11.43 malam.

Sumber: Shila Amzah, Mamazie68

SKIP THIS AD ×