berita

Shila Amzah Serabut Tengok Ibu Bapa Gaduh – ‘Lantaklah, Setakat Itu Jodoh Mereka’

August 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

ND Lala

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan ibunya, Fauziah Sarman berada dalam keadaan baik biarpun baru sahaja diceraikan oleh bapanya, Datuk ND Lala pada 2 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Kehidupan Fauziah Sarman Huru Hara, Nak ‘Let Go’ ND Lala

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Dakwa ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Isteri Kedua

‘Serabut’

ND Lala

Menurut Shila, dia sebagai anak tidak pernah memaksa ibu bapanya berpisah kerana percaya perkahwinan dan perceraian adalah ketetapan jodoh Allah S.W.T.

Jangan risaukan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai, kahwin, semuanya jodoh.

Sebagai anak, takkan nak paksa mereka bersama. Anak-anak semua sudah besar.

Shila memaklumkan perkara itu menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok baru-baru ini.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 33, itu berkata mustahil untuk tidak berasa sedih, namun percaya ibu bapanya dapat mencari kebahagiaan masing-masing.

Malah, Shila akui dia dan adik-beradiknya yang lain serabut melihat ibu bapa mereka sering bergaduh.

Suka hati merekalah nak buat apa. Carilah kebahagiaan masing-masing.

Tipulah kalau anak-anak tak sedih, tetapi pada masa sama, kami serabut lihat mereka bergaduh.

Jadi, lantaklah dan tak boleh buat apa. Setakat itu sahaja jodoh kerana mereka sudah cuba.

Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

SKIP THIS AD ×