
Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil dengan sebuah demo lagu baharu berjudul Coretan Anak yang dimuat naik di platform YouTube pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Akui Tidak Mudah Jadi Anak Sulung – ‘Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’
Lirik lagu sentuh hati
Menerusi lagu berdurasi lebih empat minit tersebut, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendendangkan karyanya itu dengan melodi yang sederhana, namun setiap bait liriknya sarat dengan emosi.
Lagu tersebut berkisarkan tentang luahan hati dan kekecewaan seorang anak terhadap bapanya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri sendiri dan ibu tercinta.
Netizen sebak
Walaupun hanya dimuat naik dalam versi demo, namun Coretan Anak berjaya menarik perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pendengar sebak apabila mendengar lagu tersebut kerana tersentuh dengan liriknya yang meruntun jiwa.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi pengalaman peribadi mereka berdepan dengan sikap suami serta bapa yang tidak bertanggungjawab dan memilih untuk meninggalkan keluarga.
Sumber: YouTube Shila Amzah