berita

Shila Amzah Tekad Ingin Bertudung

August 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bermula 1 Ramadhan yang lalu, Shila Amzah sudah belajar untuk berjinak-jinak mengenakan tudung dalam penampilannya. Ternyata tempoh percubaan yang dilaluinya selama 15 hari telah membuatkan beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej bertudung sehingga ke akhir hayat.

Menerusi mStar online, Shila memaklumkan bahawa keputusannya untuk bertudung telah dibuat pada Sabtu lalu, di mana apabila kekasih hatinya Sharnaaz Ahmad mengajak beliau untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika bersiap secara tidak sengaja Shila telah mengambil tudung dari almari dan menyarungkannya di atas kepala. Pada ketika itulah Shila mula sedar, dan mula mengambil keputusan untuk berubah.

Menurut Shila, Sharnaaz tidak menyangka perubahan drastik yang dilakukan olehnya, namun begitu Sharnaaz tetap gembira dengan imej terbaru beliau.

Kini Shila turut berubah sedikit demi sedikit dari segi gaya penampilannya, di mana beliau sudah memilih untuk gaya yang lebih sopan dan bersesuian dengan imej terbaru beliau.

Walaupun sudah bertudung, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan beliau bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. Menerusi pemilihan lagu pula, Shila akan lebih memilih lagu berkonsepkan balada dan pop.