berita

Shila Amzah Temui Cinta Hati Baru?

August 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ShilaAmzah_SafiBalqisPerfect10_2013campaignshot-1-1024x722

Umum tahu bahawa penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Shila Amzah pernah putus cinta dengan seorang pelakon, Sharnaaz Ahmad tak lama dahulu.

Sejak dari itu, kisah percintaan Shila sudah tidak lagi menjadi perbualan ramai. Namun beberapa hari lepas, Shila dilihat aktif berkongsi foto-fotonya di Instagram sewaktu bertandang ke majlis rumah terbuka Johan As’ari pada hari Sabtu yang lepas.

Mungkin bagi sesetengah orang ianya hanyalah sekadar foto biasa. Tetapi tidak pada peminat-peminat Shila yang seakan merestui penyanyi ini sekiranya dia dan Johan bertemu jodoh.

Screen Shot 2013-08-18 at 20.36.42

Screen Shot 2013-08-18 at 21.45.00

Sebelum ini OHBULAN! ada mengeluarkan kisah Johan yang mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan telahpun menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hujung tahun ini.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, Johan masih mengunci mulut mengenai identiti wanita misteri itu. Adakah Shila Amzah adalah wanita yang dimaksudkan? Tunggu sahajalah tuan empunya badan keluarkan kenyataan nanti ya? Apapun, jom layan foto-foto ‘manis’ Shila dan Johan di bawah.