Perasan tak? Kat shopping mall sekarang, banyak gila kedai buat sale sempena raya. Bulan puasa ni mesti ramai yang nak beli barang persiapan raya. Nak beli baju, kasut, beg, banyak lagi la. Waktu raya la nak merasa pakai benda baru. Tak gitu?
Korang dah beli kasut raya ke belum? Kalau belum, kami nak beritahu korang satu benda menarik ni. Ada satu kedai kasut ni akan buat promosi pembukaan cawangan baru secara besar-besaran di bulan puasa. Korang mesti tak sabar nak tahu kan?
SHOOPEN akan dibuka di Pavilion, dah lama nantikan saat ni!
Dengar ni! Pada 18 Mei 2019, SHOOPEN akan buka cawangan baru mereka di Level 5, Parkson Elite Pavilion, jam 11 pagi. Dah buka cawangan baru ni, korang kena datang tau. Sebab ada promosi menarik yang mereka tawarkan. Boleh la shopping untuk raya!
Aik, minat Korea tapi tak tahu pasal SHOOPEN? Biar betul? Tak apa, sharing is caring. Meh kami bagitahu korang SHOOPEN ni apa sebenarnya..
Jenama kasut fesyen pertama Korea, peminat Kpop mesti suka
Pada korang yang tak tahu pasal SHOOPEN, ia terkenal sebagai jenama kasut fesyen pertama di Korea bermula pada tahun 2013. Banyak jenis kasut untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak dijual. Kalau yang minat Kpop, mesti suka dengan jenama ni.
Kat SHOOPEN ni, banyak rekaan kasut yang smart, cantik dan menarik! Paling unik, SHOOPEN ni berkonsepkan “Shoes Library“. Korang boleh cuba kasut dengan puas tanpa tunggu pekerja diorang. Korang sendiri pun rimas kalau nak pilih kasut tapi pekerja asyik mengekor je kan?
Haa, berbalik kepada cerita kita pasal SHOOPEN buka cawangan baru di Pavilion. Apa agaknya promosi gempak yang diorang akan buat? Kami bongkarkan kat korang!
Beratur awal-awal untuk rebut baucar istimewa
Sebelum ni pun, kalau SHOOPEN buat promosi, ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan baucar istimewa mereka. Baucar yang mereka bagi bukan biasa-biasa. Patut la ramai yang beratur sebelum ni. Lain daripada yang lain!
Paling menarik, 50 barisan pelanggan pertama akan dapat baucar untuk beli SATU barang berharga bawah RM100 dengan harga RM10 je. Bagi 200 barisan pelanggan pertama pulak akan dapat baucar SEPARUH HARGA. Peh!
*Note: 50 pelanggan pertama akan dapat dua baucar (baucar RM10 untuk beli barang bawah RM100 & baucar separuh harga) dan pelanggan daripada nombor 51 hingga 200 akan dapat baucar separuh harga.
Fuh! Kalau nak lagi syok, korang kena jadi antara 50 pelanggan pertama la. Dapat dua baucar wei. Memang onz gila! So, korang datang la awal ke SHOOPEN Parkson Elite Pavilion untuk beratur ya.
Opening Specials, promosi pembukaan cawangan baru SHOOPEN Parkson Elite Pavilion [18 hingga 22 Mei 2019]
Haa, dah dapat baucar tu, tunggu apa lagi? Terus masuk dan serbu! SHOOPEN Parkson Elite Pavilion ada promosi sempena pembukaan iaitu Opening Specials! Harga lebih murah dan berbaloi. Macam tak percaya pun ada. Meletop habis!
Cuba korang tengok, banyak jugak barang yang ditawarkan sewaktu Opening Specials SHOOPEN Parkson Elite Pavilion. Harga paling rendah pun RM29 je. Bukan calang-calang. Lagi best, banyak pilihan barang untuk raya. Nampaknya boleh bergaya sakan raya ni dengan SHOOPEN. Yay!
Girls yang kerja kat office mesti tertarik dengan Women Slingback Heels dengan tawaran harga RM79 ni. Women Heels dengan harga promosi RM89 ni boleh tahan menarik jugak. Dah alang-alang pakai waktu raya, pakai la untuk pergi kerja sekali kan?
Ala, untuk perempuan je. Lelaki punya mesti takde. Eh, korang silap besar! Cuba tengok ni, ada kasut raya untuk lelaki jugak la. Men Leather Loafers dengan harga promosi RM99 ni nampak smart kalau korang pakai waktu raya nanti. Cool beb.
Korang lebih sukakan kasut gaya stylo? Boleh pilih Unisex Max Light Sneakers yang ditawarkan dengan harga RM89 ni. Harga asal RM149 tau. Tengok dari luar, nampak macam kasut ni berat. Tapi bila pakai, kaki ringan gila. Patut la namanya Max Light, sebab terlalu ringan!
Selain kasut raya, korang juga boleh cari kasut untuk bersukan jugak. Kami paling tertarik dengan Unisex Aqua Shoes yang ditawarkan dengan harga RM69 ni. Harga asal ialah RM99. Kasut ni kena air pun tak lut punya sebab cepat kering. Memang power!
Nak beli tali kasut dengan harga lebih murah? Sewaktu Opening Specials SHOOPEN Parkson Elite Pavilion, beli mana-mana barang dalam satu resit, korang boleh dapatkan tali kasut dengan harga RM3.90 je. Rambang mata kalau tengok tali kasut diorang.
Take note! Promosi Opening Specials ni hanya dibuat di SHOOPEN Parkson Elite Pavilion bermula 18 hingga 22 Mei 2019. Betul-betul dibuat dua minggu sebelum raya. Macam tahu-tahu je kan? Perfect timing wei.
Promosi Happy Day, beli 1 percuma 1 [19 hingga 22 Mei 2019]
Tunggu kejap. Tapi bukan tu je kan promosi yang ada? Memang betul pun! Promosi Happy Day oleh SHOOPEN Parkson Elite Pavilion ni tak kurang hebatnya. Promosi ni bermula 19 hingga 22 Mei 2019 dengan tawaran beli 1 percuma 1 woi. Superb gila.
Kalau korang nak tahu, setiap tarikh berlainan barang tau. Contohnya pada 19 Mei 2019, SHOOPEN Parkson Elite Pavilion buat promosi Happy Day hanya untuk Unisex Sandals yang berharga RM59. Pada korang yang sukakan sandal untuk beraya, boleh la angkat satu. Wee..
Nakkan promosi Happy Day untuk kasut raya perempuan? Korang boleh dapatkan Women Ballerina yang berharga RM59 ni. Dah pakai raya pertama, boleh pakai raya kedua pulak. Tak pun, beli sama-sama dengan adik-beradik perempuan korang. Baru matching!
Waktu raya nanti mesti banyak berjalan. Takkan nak pakai handbag besar. Kalau boleh, nak handbag yang simple tapi cantik. Korang boleh dapatkan Women Crossbody Bags dengan harga RM59 ni pada 21 Mei 2019. Ringkas dan mudah dibawa. Perfect untuk raya!
Apa barang yang ditawarkan pada 22 Mei 2019 pulak? Jangan terkejut! Korang boleh beli 1 percuma 1 untuk Unisex Sneakers yang berharga RM89. Memang gempak la. Pada yang sukakan sneakers, mesti happy sekarang kan?
Kuantiti barang yang ditawarkan sewaktu promosi dibuat adalah terhad. Siapa cepat, dia la yang dapat okay. Jangan melepas sudah la. Menangis bucu katil je nanti.
Nantikan penampilan koleksi eksklusif istimewa di SHOOPEN Parkson Elite Pavilion, Rola Rola
Tak lama lagi SHOOPEN akan tampilkan koleksi eksklusif yang istimewa, iaitu Rola Rola. Kalau nak tahu, Rola Rola ni jenama paling famous kat Korea. Banyak selebriti kumpulan Kpop seperti Wonder Girls, Momoland, Gfriend, SNSD dan lain-lain yang pakai jenama ni. Bukan main hebat lagi!
Wah, kena bagitahu kat member yang minat Kpop ni! Koleksi Rola Rola ni hanya terdapat di SHOOPEN Parkson Elite Pavilion je, takde kat tempat lain. Kalau korang nak jadikan koleksi Rola Rola ni milik korang, boleh dapatkan kat sana tak lama lagi. Nantikan ya!
Jangan lupa pakat dengan keluarga dan kawan-kawan ke SHOOPEN Parkson Elite Pavilion nanti. Lebih-lebih lagi yang minat jenama Korea. Promosi ni bermula 18 hingga 22 Mei 2019, betul-betul dua minggu sebelum raya. Catit kat kalendar tau.
Nak tahu update terkini SHOOPEN? Korang boleh like dan follow SHOOPEN di Facebook SHOOPEN Malaysia dan Instagram @shoopenmalaysia okay.
Nak ingatkan lagi ni, takut korang lupa pulak. SHOOPEN akan mula buka cawangan baru mereka di Level 5, Parkson Elite Pavilion, jam 11 pagi pada 18 Mei 2019. Datang jangan tak datang!
Sekian, selamat shopping untuk raya di SHOOPEN Parkson Elite Pavilion. Jumpa kat sana guys!