berita

Shopee Pecah Rekod Jualan 36 Kali Ganda Penangan 9.9 Hari Pembelian Hebat!

September 15th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Setiap bulan siapa yang kaki shopping online tu mesti tertunggu-tunggu tarikh istimewa seperti 5.5, 6.6, 7.7 dan sebagainya. Yelah, pada tarikh ni, platform e-dagang mesti berlumba-lumba mengadakan jualan hebat dengan pelbagai promosi dan diskaun menarik.

Shopee juga antara platform e-dagang yang tak terkecuali. Kalau korang nak tahu, sempena tarikh 9 September lalu, Shopee telah memecahkan rekod jumlah pesanan Shopee Live dengan peningkatan sebanyak 36 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat tau!

Shopee beri diskaun eksklusif  sehingga 90% di Shopee Live!

Rakyat Malaysia memang dah tak asing lagi dengan Shopee ni, sebab tulah semasa hari kemuncak 9.9 haritu, jumlah tontonan Shopee Live meningkat sebanyak tiga kali ganda!

Kalau korang nak tahu, strim langsung berinteraktif Shopee Malam Ni: 9.9 Hari Pembelian Hebat juga menampilkan selebriti terkenal Janna Nick, Bell Ngasri, Shiha Zikir, Ucop Hashim, Aya Amiruddin dan ramai lagi.

Yang lebih membuatkan ramai teruja adalah Shopee Shake yang mana memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi sehingga sembilan juta Shopee Coins, Thermomix TM6, Sony Playstation 5 dan Dyson Supersonic™ Hairdryer. Fuh, bukan biasa-biasa hadiah yang ditawarkan! 

Tak hairanlah Shopee Live kali ni mencatatkan 9 kali ganda penonton baharu yang juga mengambil bahagian dalam permainan menarik seperti Teka & Menang.

Bukan itu saja, populariti Shopee Live juga telah menyumbang kepada peningkatan jualan penjual tempatan baharu sebanyak 10 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa. Kadar pertumbuhan ini adalah dua kali ganda daripada prestasi 9.9 pada tahun lalu.

Lebih 5,000 jenama yang ada di Shopee Mall

Kalau pasal nak membeli secara online di Shopee ni pengguna memang tak payah risaulah sebab terdapat lebih 5,000 jenama terkenal di Shopee Mall seperti COSRX, Skechers, dan TTRacing yang menawarkan Jaminan Pulangan 15 Hari dan  8x Jaminan Wang Kembali kepada pengguna.

Jadi, memang korang boleh shopping dengan tenang tanpa memikirkan masalah barang tak sampai, barang rosak dan sebagainya.

Untuk pengetahuan korang, terdapat pelbagai jenama fesyen dan kecantikan yang menyertai live commerce pada hari kemuncak Shopee dengan memberi penonton peluang untuk melihat produk secara eksklusif, menjawab soalan, memberi diskaun dan tawaran.

Antara lima jenama terkenal telah memperoleh pesanan paling tinggi pada Shopee Live adalah Nestle, SKINTIFIC, DESSINI, Maybelline, dan Mydin.

Selain itu, produk penjagaan kulit, barang kemas dan hijab juga merupakan antara produk ‘Fesyen & Kecantikan’ yang paling laris.

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, “Shopee Live sememangnya dikenali dalam kalangan pembeli Malaysia. Penjual tempatan telah mencapai peningkatan jualan sebanyak 36 kali ganda semasa strim langsung 9.9, sekaligus menunjukkan kepentingan Shopee Live dalam ekosistem Shopee bagi pembeli dan penjual. Tahun ini, kami memilih dengan teliti kandungan langsung hiperlokal untuk rakyat Malaysia dengan mengetengahkan penjual tempatan, selebriti, jenama, dan program bagi pengalaman membeli-belah yang menyeluruh dan menyeronokkan,”

“Shopee berbangga dapat memperkasakan penjual tempatan yang merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dengan menyediakan alat bantuan bersesuaian kepada mereka untuk mempertingkatkan perniagaan.

Shopee juga komited dalam menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk bermula, berkembang dan berjaya dalam landskap digital yang sentiasa berubah,” katanya. 

Jadi, jangan lepaskan peluang korang untuk strim langsung yang menarik dan menyeronokkan, dengan menonton Shopee Live Skuad Stylo setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam untuk lebih banyak tawaran dan promosi terbaik!

SKIP THIS AD ×