berita

Shopping Je & Korang Berpeluang Menang Baucar Beli-Belah Bernilai RM1000 Dari Alamanda.

June 29th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Kadang-kadang nak shopping tapi dalam masa yang sama nak berjimat kan? Kalau dapat shopping tanpa keluarkan duit siap dapat hadiah lagi pun best jugak! Tapi, mimpi jelah..

Siapa kata? Haa, kalau korang nak tahu Kumpulan Suria KLCC ada menganjurkan kempen Tiket Emas yang menawarkan ganjaran iaitu baucar beli-belah sehingga RM1000 setiap hari di Alamanda Shopping Centre! Wow, bestnya! Macam mana nak dapatkan tu?!

Semua pelanggan berpeluang mendapat ganjaran

Andrew Brien berkata, “Kumpulan Suria KLCC sentiasa berusaha mencari inspirasi baru bagi memastikan para pelanggan kami menikmati pengalaman hebat apabila mereka berbelanja di pusat beli belah kami. Kali ini, kami menjanjikan ganjaran yang besar untuk mereka dengan cabutan Tiket Emas ini, kami dapat meneruskan usaha kami untuk sentiasa memberikan ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada para pelanggan kami di atas sokongan mereka yang berterusan”

Berbelanja & nikmati ganjaran hebat

Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan ganjaran ni?

  • Berbelanja minimum RM300 di Alamanda Shopping Centre dalam dua resit di mana-mana kedai yang terlibat
  • Hantarkan resit korang ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk pengesahan
  • Sekiranya layak, korang akan diberikan pilihan untuk memilih beberapa beg bertuah berisi sampul mengandungi Tiket Emas atau Tiket Ungu

Sekiranya korang menang:

  • Tiket Emas – Korang akan memenangi baucar membeli-belah bernilai RM1,000!
  • Tiket Ungu – Korang akan memenangi baucar membeli-belah bernilai RM50!

Eh senang jelah kan? Kalau korang nak tahu, kempen Tiket Emas ini berlangsung dari 19 Jun 2020 hingga 19 Julai 2020 dan terhad kepada 101 pembeli saha setiap hari tau!

Bagi pemenang Tiket Emas, gambar korang akan terpapar di “Wall Of Winners” di Center Court, Alamanda Shopping Centre sebagai penghargaan. Pemenang juga akan ditemu-ramah dan berpeluang muncul di platform media sosial Kumpulan Suria KLCC. Bestnya!

Bukan tu je, mereka juga menawarkan DUA baucar beli belah bernilai RM5,000 pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad, sepanjang tempoh kempen ni berlangsung. Menariknya!

Beli-belah dengan selamat & selesa!

Korang jangan risau okay! Alamanda Shopping Centre mengambil langkah pencegahan seperti menyediakan cecair pencuci tangan di lokasi strategik, buat pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat membeli belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 2 meter.

Yang penting, korang kena sentiasa amalkan penjarakan sosial dan ambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Lepas ni, korang tak perlu risau kawasan tu selamat ke tidak untuk shopping.

Jom shopping di Alamanda sekarang!

Jadi tunggu apa lagi? Ajaklah keluarga dan kawan-kawan korang ke Alamanda Shopping Centre dan berpeluang untuk dapat ganjaran hebat ni. Kalau ada rezeki menang nanti bolehlah share dengan mereka!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh buat pertanyaan di kaunter pertanyaan atau layari laman web Alamanda Shopping Centre.

SKIP THIS AD ×