berita

Shopping Online & Nikmati Diskaun Sehingga 88% Di Shopathon Festival Watsons

August 1st, 2018 | by Wan
Shout Out!

Buat pertama kali, Watsons akan mengadakan Shopathon Festival yang akan bermula pada 1 hingga 10 Ogos 2018 nanti. Menerusi kempen ini, pelanggan setia Watsons berpeluang menikmati tawaran istimewa serendah RM0.88 dan diskaun sehingga 88% apabila mereka berbelanja secara atas talian (online).

Mega Sale

Bukan itu sahaja, pada 8 Ogos, orang ramai berpeluang menikmati tawaran yang lebih menarik beserta diskaun tambahan sempena Mega Sale. Boleh menang beg luggage Samsonite! Penghantaran percuma dan pelbagai tawaran istimewa lagi akan diberikan kepada 1000 pelanggan pertama pada hari tersebut.

Menurut Watsons, sepanjang kempen ini berlangsung, terdapat lebih 500 tawaran flash deals bermula 8 hingga 11 malam setiap hari serendah RM1 sahaja.  Pelanggan juga dapat membeli barangan kedua dengan diskaun sebanyak 88%, bawa pulang hadiah istimewa, berbelanja menggunakan promo kod, dan banyak lagi.

Click & Collect Express

Menerusi Click & Collect Express, pelanggan yang berbelanja secara online boleh mengambil barangan yang dibeli di kedai Watsons yang terpilih dalam masa 4 jam antaranya Sunway Pyramid, Suria KLCC, Midvalley, Bukit Tinggi Klang, Cheras Leisure Mall, Mytown Mall, One Utama, Suria Sabah, Central Point Sabah, Viva City Mall Kuching dan The Spring 2 Kuching.

Bagi penghantaran ke rumah pula, sebanyak 888 Watsons points dan voucher makan percuma akan diberikan kepada pelanggan yang mendaftar sebagai Watsons e-member

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari watsons.com.my atau muat turun aplikasi Watsons menerusi Google Play dan App Store untuk mendapatkan info-info terkini mengenai Watsons.

SKIP THIS AD ×